Friday, April 29, 2011

Makan angin

Saya suka sangat jalan2 makan angin.. tak kira laa mana2 sekalipun. Asalkan jauh dari rumah dan boleh tidur tempat selain daripada katil di rumah. Kalau biasanya, banyak orang akan tulis di bahagian info profile seperti ini, Hobi: Travel. Begitulah saya. Tapi kekadang saya rasa cam tak berapa tepat plak perkataan TRAVEL tu pada minat mendalam saya yang lebih cenderung BERCUTI dan BERSUKA RIA di TEMPAT selain RUMAH. hihi..

Malangnya, minat begini takleh nak buat tiap2 bulan. Saya ni banyak pulak komitmen kewangan setiap bulan. Kalau ikutkan hati saya, setiap bulan balik Kota Bharu pun boleh jadi suatu yang best.

Sejak balik dari India, saya tak kemana pun. Kejer dan mengejar kejer. Bosannya. Bagusnya kalau boleh bercuti ni. Saya ingat.. tanah tinggi di Malaysia pun dah cukup kots. Ah.. dan lebih best kalau terchenta bleh ajak saya kemana-mana out of KL tanpa saya yang memberi idea bagus ni.. Tapi, si dia ni jenis.. ermm.. entah laa, asyik tggu idea saya saja. Ishh.. kalau saya ini, takleh holiday luar KL, tidor kat hotel 5 star kat KL pun da cukup..! ahahahah.. melebih-lebih plak..

ermm.. apa2 jer laa.. yang penting, Kami berdua ni jenis yang SPONTANEOUS, kalau tiba2 ada budget.. kami bleh bertolak ke mana saja tanpa pikir panjang lagi.! best.

wish me luck for my next holiday. I'm so bored skg..

Sunday, April 24, 2011

Gatal Tapak Tangan

Waw..! Tapak tangan kiri gatal.. bestnya..! petandanya mau dapat job @ duit laa ni.. ahahahah.. Seriously, betul.. dah bertahun aku perhatikan tanda2 ni.. memang setakat ni semuanya kebetulan jadi nyata. Tapi.. kalau gatal tapak tangan kanan, itu maknanya nak keluar duit la tu..

Ada orang kata kalau tapak tangan kanan yg gatal biasanya nak masuk duit atau apa2, aku mmg terbalik laa.. sebab aku ni jenis pemurah.. Maklum la, tangan kanan tangan yang memberi..

hihi.. Sekian.

Simpang Hidup II

Sememangnya aku ni jenis kuat berangan dan banyak sangat idea. Sekali nak buat itu.. sekali nak buat ini. Kalau orang yang tak memahami dan kenal aku, mestinya aku ni disamakan dengan mat Jenin jer. Tapi.. aku sentiasa percaya dengan setiap angan2 aku.

Bukanlah nak berlagak, tapi kan.. hampir semua impian aku masa kecik telah aku capai kini. Alhamdulillah.. cumanya, kekadang aku ni selalu lupa pada yang Maha Esa.. bila susah2 baru laa nak ingat.. Kejam betul jadi manusia bila dipikir-pikir. Ya Allah.. ampunkan dosa2 silam dan bukakan Nur-Mu padaku. Amin.

So far, cita2 aku tercapai. Teringat kata2 mak aku.. "Rita, ada orang diuji dengan jalan yg penuh liku, ada juga diuji dengan jalan yg highway jer.." aku lantas terpkir, mungkinkah aku dalam golongan yang diuji dengan jalan highway itu? huhuu...

Aku bukanlah lahir dalam keluarga yang kaya raya. Namun, hidup aku sangatlah hebat masa kecik dulu. Apa sahaja permintaan, semua tertunai. Abah aku memang seorang manusia yang paling best dalam dunia. Paling memahami, hinggakan kawan2 sekolah aku dulu sempat bagitaw aku, betapa bestnya kalau ayah diorang mcm ayah aku. Tapi, masa tu.. aku jer yang rasa ayah aku x best. Aku akui, tak dikongkong.. tapi semua yg best tentang dia masa tu aku x perasan sgt. Yang aku nampak cumalah satu sikap buruk dia - iaitu, Tidur. Jadi.. itu saja yang aku nampak padahal, itu sahajalah satu satunya sikap dia yg mmg xleh nak diubahnya. Tidur membawa kepada Malas.

Oleh kerana itu.. aku jadi anti dengan orang yang kuat Tidur. Walaubagaimanapun, ayah aku ni jenis yang bernasib baik sepanjang hidupnya. Jadi, xpernah pulak dia hidup susah walau bermalas-malas. How lucky.!

Terkenang pulak aku suatu masa dulu. Aku sesungguhnya sangat2 confident dengan diri aku. Masa tu.. aku terasa aku ni sangat laa pandai, sporty, cool, boyish, banyak geng.. dan paling penting, aku banyak duit dulu2. Itulah dia kuasa imaginasi dan mimpi rasanya. Setiap masa aku cuba create hidup aku spt kisah2 best dalam filem2 atau buku yg aku baca.

Wahh.. tetiba aku sedar, betapa pentingnya untuk semua kanak2 membaca dan membaca apa2 sahaja. Benar2 membuka minda dan memberikan rasa confident yang sukar nak kugambarkan. :)) Setiap masa satu masa dulu, aku akan membaca. Itu lah hobi yg paling best dalam dunia ni.

Cerita pasal banyak duit.. memang masa sekolah dulu aku byk duit. Masa tu, aku sibuk berkawan dengan geng2 tokan dan dalam masa sekejap jer aku belajar selok belok bisnes khayalan tu. Oh.. apa lah life masa tu.. happening dan pening..! Tapi, aku masa tu faham satu perkara ttg diri aku.. aku memang seorang opportunist (tapi aku x jahat taw..).

Sejak dari sekolah aku dah berbisnes. Sekolah rendah dulu2 aku sangat suka makan biskut bantal.. bila bawak ke sekolah, abih dimakan kengkawan.. Daripada aku bagi free, aku bagitaw mak, aku nak jual biskut tu di sekolah. Mula laa malam2 mak aku masukkan biskut dalam plastik dan sealed dengan api lilin.. seronok betul. Aku sukakan duit. Agaknya, sebab itulah sehingga kini, aku x boleh nak kejer ngan orang. Sejak graduate dari ITM, merasa kejer dgn orang ada laa dalam 5 tahun. Cukup untuk dapatkan pengalaman dan cara. Lepas tu.. aku layan buat bisnes sendiri. Sedar tak sedar dah dekat 5 tahun dah jugak aku layan kejer sendiri. Alhamdulillah, so far aku x pernah susah lagi.

Jadi.. sepanjang life aku, aku ni jarang susah. Bila terasa nak susah jer.. Menggelabah. Ini jer satu hal yg aku tak reti dah nak repair camana. Aku cepat panik. Aku takut susah. Susah jugak camni eh.. (sambil buat muka blur dan picit pipi..)

Adoi.. ini satu penyakit sebenarnya. Penyakit takut susah. Tapi.. bukanlah berpanjangan penyakit camni datang. Selalunya aku akan cuba ubatkan rasa ini dengan beristigfarr dan percaya bahawa Allah swt takkan pernah melupakan orang yang x melupakannya. (bagus juga laa penyakit ni, kalau selalu datang.. selalu laa aku insafi diri..)

---oopss.. lapar tetiba. Aku berhenti disini.

Titik titik


Lagu

Lagu yang paling seronok didengar sebenarnya adalah lagu2 gembira yang semestinya boleh membawa kita ke moment yg paling indah dalam hidup kita. Aku ada beberapa lagu yang memang bila dengar.. aku akan terus terkenang kan satu scene yang takkan pernah kulupa sampai bebila.

Angin, dari kumpulan Dewa. Seumur hidup aku, inilah rasanya pertama kali aku sukakan seseorang dan aku rasa malu. ahhahaha.. padahal, sebelum ni aku pun pernah punya boifrend, tapi mungkin sbb boifrend itu yang start dulu, jadi perasaannya tak sama kan?

Teringat aku tahun November 2003 masa tu.. pertama kali aku jumpa dia. Tak ada satu yg menarik pun kat dia. Hihi.. Tapi.. ermm.. mungkin sebab itu ada lah jodoh aku yang telah tertulis olehNya.

Bodohnya masa tu.. aku tak tau camana nak bagitau dia aku suka sangat kat dia. Jadi, malam2 bila dia ada kejer di Shah Alam.. aku akan start skuter merah dan pusing2 bandar Shah Alam tu sambil buat2 terserempak dengan dia. Kiranya, akulah sebenarnya yg sibuk nak kawan ngan dia masa tu. Satu hari dia ajak aku keluar naik kereta sport.. ahahaha.. dan masa tu aku masukkan CD dewa dan pasangkan lagu Angin, kutujukan untuk dia.

Nak tau..? Respon dia dingin jer.. mcm x suka.. aku mmg terasa malu sgt. Masa tu aku rasa camana laa aku bleh tujukan lagu cintan yg sangat comel ni pada orang yg sebenarnya x suka sangat pun kat aku. Nasib baik laa Dewa ada bikin satu lagi lagu dalam album tu.. Lagu Pupus.. ahahah.. Lagu ttg orang yg cintanya x berbalas. Cepat2 aku tekan lagu tu dan melayan..

Memang budak2 sangat rasanya masa tu. Aku 23 tahun dan dia tua 14 tahun daripada aku. Malu betul rasanya. But, then.. aku remember dia gelakkan aku selepas tengok aku melayan lagu Pupus tu.. hua hua hua..

Bodohnya masa tu.. tapi boleh menjadi kenangan paling best sekali untuk aku bila aku dengar 2 lagu ni.. :)


Angin tolonglah aku sedang jatuh cinta
Tapi aku tak punya nyali 'tuk katakan
Angin masuk kan aku kedalam mimpinya
Jadikan aku raja dan dia ratunya
Buat dia selalu memikirkan diriku

Angin katakan padanya
Bahwa aku cinta dia
Angin sampaikan padanya
Bahwa aku butuh dia

Angin tancapkanlah busur panah cintaku
Tancapkanlah cepat, tepat di jantung hatinya
Sebelum hatinya jadi beku dan membeku

Sick

Waw.. zaman sekarang memang bisa buat manusia semua jadi sakit. Lihat saja aku. Kala aku sangat sedih, masih boleh aku tuliskan di twitter dan facebook bahawa aku sedang dalam keadaan gembira senang hati. tetiba aku terasa semacam illness kat soul. Apa sebenarnya ni ya..? bahayanya.

atau.. hanya aku saja begini.

Sebenarnya

Erm.. memang sebenarnya aku nak menaip benda lain tadi.. namun, otak aku kencang dok pikir pasal ofis dan bisnes aku jer. Jadi, sebab itulah aku post Simpang Hidup dulu. Kisah di Simpang hidup tu panjang dan berjela-jela kalau aku nak cerita. Kisah sedih dan tak berapa best tak banyak sangat laa berlaku dalam hidup aku. Boleh dikira dengan jari lagi setakat ni. Sebenarnya banyak hal yang best berlaku dalam hidup aku.

Walaupun, mulanya aku pikir nak tulis tentang amarah dan sedih jer kat blog ni.. rasa mcm x sesuai plak. Memalukan pun ada gaks. Tapi, kenyataannya tentang aku.. Bila marah dan kecewa.. tak ada tempat nak diluah. Kalaupun ada terchenta dalam hidupku, rasanya lagi baik aku tulis aja. Terchenta bukan jenis yg seronok nak melayan perasaan kecewa sedih dan gundah gulana aku. Kecuali secara tak sengaja. Itu pun boleh mendatangkan bahaya pada mood dia pula. Lebih baik dikongsi hal2 yang gembira sahaja dengan dia tu. Tapi, kekadang.. kalau dah terpaksa.. apa boleh buat kan..?

Sebenarnya juga, aku lebih gembira dan lega kalau boleh diluahkan kepada seseorang. Dan lebih baik kalau erm.. let's say aku tgh marah or runsing ttg sesuatu yang ada kena mengena dengan Ahmad (bukan nama sebenar), maka aku lebih suka bersemuka dan jujur sahaja rasa x puas hati aku tu kat Ahmad tu. Memang laa boleh membawa pada pergaduhan, tapi.. lebih baik begitu.

Itu jer laa dulu.. Menyampah plak nak tulis.. Sebab aura tak baik tetiba masuk dalam rumah..


grrrrr....

Simpang hidup

Teringat aku kat idea member2, katanya bila kita stress, nak marah, runsing dan macam2 lagi.. blog kan aja. Luahkan segala kat blog. Yup.. aku ada tulis semua anger dan runsing aku kat nota digital di ipadku. Tapi.. hari ni, aku rasa.. cuba2lah berblog. Blog aku ni aku hanya akan jadikan sbg blog tempat nak tulis kenangan2 aja..

Hari ni hati x sakit.. Cuma sejak beberapa bulan lepas, aku sangat stress dengan keadaan biz yg aku dok layan dari tahun 2007 sejak aku berenti kejer dgn agensi pengiklanan dulu. Sekarang ni agak lembab skit. Menakutkan, sebab aku tak biasa dengan keadaan camni. Jadinya cepat lah aku menggelabah.

Mulanya dulu, niat aku sebenarnya cumalah nak jadi freelancer aja masa tu. Kejer di rumah. Aku ada sebijik imac utk aku buat kejer dan ada lah seorang dua client. Rasanya mmg boleh hidup sesangat. Tapi, dalam masa sebulan dua berhenti kejer tu.. adik aku datang minta tolong. Katanya kalau lah aku ada freelance job berlebih, boleh ler aku share ngan dia memandangkan dia pun baru jer berhenti jugak. Erm.. sebenarnya, job2 aku semuanya boleh dilayan sendiri jer. Tapi, kalau ada team.. apa salahnya. Share sajalah kek yang sekeping tu. Rezeki masa depan sapa tau. Hanya Allah swt jua yg menentukan untung rugi nasib manusia.

Alhamdulillah dgn kehadiran adik aku, kami berdua mula kerja bersama2. Aku yang awalnya hanyalah seorang designer, kemudiannya mula buat network dan marketing sepenuh masa dan adik aku membantu dalam hal design dan lain2. Masa tu, aku pikir alangkah baik jika aku ada sebuah bilik ofis utk kami berdua. Dan, tak berapa bulan lepas pikiran aku tu berbuah, aku dapat menyewa sebuah bilik ofis di Danau Kota yang kukongsi dengan sebuah syarikat percetakan. Aku dapat rasakan, bahawa aku boleh jayakan bisnes aku ni dengan bantuan kawan2 yang ada masa tu dan yang paling utama, dengan bantuan terchenta.

Setahun kami di bilik kecil tu.. Dapat kami menyimpan dan dengan berkat bantuan TEKUN, aku berjaya menyewa tempat lagi gempak dan cantik.. Kali ni ofis aku siap ada studio fotografi lagi.. Bidang fotografi ni khusus utk yang terchenta. Kerna dia juga dah x hingin kerja dengan orang lagi.

Kini tiga tahun berlalu sejak aku berpindah ke studio baru ni.. macam2 telah berlaku kat kami. Kena kelentong dengan member2, toksah citer laa.. Sapa lagi yg nak kelentong kita kalau bukan member? Semua tu jadi iktibar. Sepatutnya ofis baru aku ni dikongsi dengan member kami (seorang mak andam dan ex-realiti show artist) yang bikin bisnes andaman dan pengantin. Aku punyalah syok masa dia ckp dia nak sangat2 berkongsi dengan aku ruang pejabat yang cantik tu.. Malangnya, dia tadak modal da.. Tapi, cukuplah dengan pengalaman dia sebagai mak andam.. aku percaya dan aku keluarkan semua modal untuk renovate dan buatkan studio kami lawa2. Kopak laa beberapa puluh ribu. Tapi, memandangkan terchenta pun plan studio fotografi, maka aku dengan confident'nya merasa bahawa bisnes kami semua ni saling berkait (memang pun..!)

Siap jer ofis ni.. member kami mak andam ni pun masuklah denga barang2 pengantin ke kedai tu.. Bangga betul aku, mak ayah aku datang tengok anak dia ada kedai dan ofis di Setapak. Tapi yang tak menariknya ialah selepas tiga bulan, tetiba mak andam ni bagitau yang dia terpaksa tarik diri.. Aduh.. terus fening kepala aku. Gila camana aku nak layan sewa kedai yang mahal tu sesorang? Terus aku rasa dah terkena.. Tapi, takkan laa aku nak keluar dari ofis tu pulak.. duit aku dah abih berpuluh ribu kat situ. Maka aku layan.. Layan dan layan sehingga laa masuk tahun ni, to be specified lagi.. June 2011 genaplah Tiga tahun aku melayan ofis aku ni..

Tapi dalam masa tiga tahun ini.. mak andam ni bukanlah satu-satunya orang yg mengenakan aku. Ada beberapa orang lagi. Sedih betul.. malas laa nak taip. Rasa marah dah takder sebenarnya. Cuma bila terkenang kenang tu.. Emmm.. aku anggapkan sebagai karma untuk hal2 tak baik yang pernah aku buat kat orang sebelum ni (kots) :P

Seronok sebenarnya area ofis aku ni. Tiga tahun kat sini, macam2 ada, datang dan pergi. Kami tetap cuba juga bertahan. Cumanya seminggu lepas, aku didatangi member lama ke ofis. Andrew namanya. Tokey kaya datang melawat sebab katanya aku da lama sangat lost contact dgnnya. Erm.. ok laa tu, selalunya aku aja yg pegi ke ofis dia di Batu Caves tu (itu pun dolu2 ler). Rupanya baru aku tahu, itulah pertama kali dia masuk ofis aku. Allo tokey.. tiga tahun dah aku kat sini. Tapi, ada satu soalan dia yang kemudiannya bila aku bagi jawapan.. aku tengok mukanya melopong kata aku sewel ke hapa. wengggg@$&!&$09q3r&@#!% Dia menganggap aku ni sewel sebab sewa tempat mahal gila untuk bisnes aku yg keciks ni. Huaa... sebenarnya aku x sewel.. aku dah abih banyak untuk renovation bila rakan yang nak kongsi ofis ni dgn aku blah plak lepas tu. Takkan laa aku nak blah juga? yer tak..?? Tapi, kali ni, selepas tiga tahun.. rasanya aku dah bersedia untuk pergi dari ofis ni. Kali ni x ada sentimental dah. Aku akan pindah. Pindah ke tempat yang lebih dekat dengan rumahku dan lebih sesuai harganya dengan bisnes kecikku ini. Hai laa nasib.. Sedihnya kan?

Tapi.. keputusan penting ni. Kadang2 bila dipikirkan ada betul kata andrew tu. Sewel jugak laa.. ahahaha.. lagipun staff aku cumalah adik aku tu. Menjadikan ofis tu cuma aku dan adikku. Kemudian ada sorang member aku (freelancer) yang datang port kat ofis aku kadang2. Dan lepas tu, terchenta berhenti kejer lalu join kitorang.

Nantikan saja pengumuman port baru kami.. selamat tinggal Setapak. Aku akan sentiasa datang lagi.. untuk makan dan lepak ajalah selepas ni.