Sunday, April 24, 2011

Lagu

Lagu yang paling seronok didengar sebenarnya adalah lagu2 gembira yang semestinya boleh membawa kita ke moment yg paling indah dalam hidup kita. Aku ada beberapa lagu yang memang bila dengar.. aku akan terus terkenang kan satu scene yang takkan pernah kulupa sampai bebila.

Angin, dari kumpulan Dewa. Seumur hidup aku, inilah rasanya pertama kali aku sukakan seseorang dan aku rasa malu. ahhahaha.. padahal, sebelum ni aku pun pernah punya boifrend, tapi mungkin sbb boifrend itu yang start dulu, jadi perasaannya tak sama kan?

Teringat aku tahun November 2003 masa tu.. pertama kali aku jumpa dia. Tak ada satu yg menarik pun kat dia. Hihi.. Tapi.. ermm.. mungkin sebab itu ada lah jodoh aku yang telah tertulis olehNya.

Bodohnya masa tu.. aku tak tau camana nak bagitau dia aku suka sangat kat dia. Jadi, malam2 bila dia ada kejer di Shah Alam.. aku akan start skuter merah dan pusing2 bandar Shah Alam tu sambil buat2 terserempak dengan dia. Kiranya, akulah sebenarnya yg sibuk nak kawan ngan dia masa tu. Satu hari dia ajak aku keluar naik kereta sport.. ahahaha.. dan masa tu aku masukkan CD dewa dan pasangkan lagu Angin, kutujukan untuk dia.

Nak tau..? Respon dia dingin jer.. mcm x suka.. aku mmg terasa malu sgt. Masa tu aku rasa camana laa aku bleh tujukan lagu cintan yg sangat comel ni pada orang yg sebenarnya x suka sangat pun kat aku. Nasib baik laa Dewa ada bikin satu lagi lagu dalam album tu.. Lagu Pupus.. ahahah.. Lagu ttg orang yg cintanya x berbalas. Cepat2 aku tekan lagu tu dan melayan..

Memang budak2 sangat rasanya masa tu. Aku 23 tahun dan dia tua 14 tahun daripada aku. Malu betul rasanya. But, then.. aku remember dia gelakkan aku selepas tengok aku melayan lagu Pupus tu.. hua hua hua..

Bodohnya masa tu.. tapi boleh menjadi kenangan paling best sekali untuk aku bila aku dengar 2 lagu ni.. :)


Angin tolonglah aku sedang jatuh cinta
Tapi aku tak punya nyali 'tuk katakan
Angin masuk kan aku kedalam mimpinya
Jadikan aku raja dan dia ratunya
Buat dia selalu memikirkan diriku

Angin katakan padanya
Bahwa aku cinta dia
Angin sampaikan padanya
Bahwa aku butuh dia

Angin tancapkanlah busur panah cintaku
Tancapkanlah cepat, tepat di jantung hatinya
Sebelum hatinya jadi beku dan membeku

No comments: