Hari ni hati x sakit.. Cuma sejak beberapa bulan lepas, aku sangat stress dengan keadaan biz yg aku dok layan dari tahun 2007 sejak aku berenti kejer dgn agensi pengiklanan dulu. Sekarang ni agak lembab skit. Menakutkan, sebab aku tak biasa dengan keadaan camni. Jadinya cepat lah aku menggelabah.
Mulanya dulu, niat aku sebenarnya cumalah nak jadi freelancer aja masa tu. Kejer di rumah. Aku ada sebijik imac utk aku buat kejer dan ada lah seorang dua client. Rasanya mmg boleh hidup sesangat. Tapi, dalam masa sebulan dua berhenti kejer tu.. adik aku datang minta tolong. Katanya kalau lah aku ada freelance job berlebih, boleh ler aku share ngan dia memandangkan dia pun baru jer berhenti jugak. Erm.. sebenarnya, job2 aku semuanya boleh dilayan sendiri jer. Tapi, kalau ada team.. apa salahnya. Share sajalah kek yang sekeping tu. Rezeki masa depan sapa tau. Hanya Allah swt jua yg menentukan untung rugi nasib manusia.
Alhamdulillah dgn kehadiran adik aku, kami berdua mula kerja bersama2. Aku yang awalnya hanyalah seorang designer, kemudiannya mula buat network dan marketing sepenuh masa dan adik aku membantu dalam hal design dan lain2. Masa tu, aku pikir alangkah baik jika aku ada sebuah bilik ofis utk kami berdua. Dan, tak berapa bulan lepas pikiran aku tu berbuah, aku dapat menyewa sebuah bilik ofis di Danau Kota yang kukongsi dengan sebuah syarikat percetakan. Aku dapat rasakan, bahawa aku boleh jayakan bisnes aku ni dengan bantuan kawan2 yang ada masa tu dan yang paling utama, dengan bantuan terchenta.
Setahun kami di bilik kecil tu.. Dapat kami menyimpan dan dengan berkat bantuan TEKUN, aku berjaya menyewa tempat lagi gempak dan cantik.. Kali ni ofis aku siap ada studio fotografi lagi.. Bidang fotografi ni khusus utk yang terchenta. Kerna dia juga dah x hingin kerja dengan orang lagi.
Kini tiga tahun berlalu sejak aku berpindah ke studio baru ni.. macam2 telah berlaku kat kami. Kena kelentong dengan member2, toksah citer laa.. Sapa lagi yg nak kelentong kita kalau bukan member? Semua tu jadi iktibar. Sepatutnya ofis baru aku ni dikongsi dengan member kami (seorang mak andam dan ex-realiti show artist) yang bikin bisnes andaman dan pengantin. Aku punyalah syok masa dia ckp dia nak sangat2 berkongsi dengan aku ruang pejabat yang cantik tu.. Malangnya, dia tadak modal da.. Tapi, cukuplah dengan pengalaman dia sebagai mak andam.. aku percaya dan aku keluarkan semua modal untuk renovate dan buatkan studio kami lawa2. Kopak laa beberapa puluh ribu. Tapi, memandangkan terchenta pun plan studio fotografi, maka aku dengan confident'nya merasa bahawa bisnes kami semua ni saling berkait (memang pun..!)
Siap jer ofis ni.. member kami mak andam ni pun masuklah denga barang2 pengantin ke kedai tu.. Bangga betul aku, mak ayah aku datang tengok anak dia ada kedai dan ofis di Setapak. Tapi yang tak menariknya ialah selepas tiga bulan, tetiba mak andam ni bagitau yang dia terpaksa tarik diri.. Aduh.. terus fening kepala aku. Gila camana aku nak layan sewa kedai yang mahal tu sesorang? Terus aku rasa dah terkena.. Tapi, takkan laa aku nak keluar dari ofis tu pulak.. duit aku dah abih berpuluh ribu kat situ. Maka aku layan.. Layan dan layan sehingga laa masuk tahun ni, to be specified lagi.. June 2011 genaplah Tiga tahun aku melayan ofis aku ni..
Tapi dalam masa tiga tahun ini.. mak andam ni bukanlah satu-satunya orang yg mengenakan aku. Ada beberapa orang lagi. Sedih betul.. malas laa nak taip. Rasa marah dah takder sebenarnya. Cuma bila terkenang kenang tu.. Emmm.. aku anggapkan sebagai karma untuk hal2 tak baik yang pernah aku buat kat orang sebelum ni (kots) :P
Seronok sebenarnya area ofis aku ni. Tiga tahun kat sini, macam2 ada, datang dan pergi. Kami tetap cuba juga bertahan. Cumanya seminggu lepas, aku didatangi member lama ke ofis. Andrew namanya. Tokey kaya datang melawat sebab katanya aku da lama sangat lost contact dgnnya. Erm.. ok laa tu, selalunya aku aja yg pegi ke ofis dia di Batu Caves tu (itu pun dolu2 ler). Rupanya baru aku tahu, itulah pertama kali dia masuk ofis aku. Allo tokey.. tiga tahun dah aku kat sini. Tapi, ada satu soalan dia yang kemudiannya bila aku bagi jawapan.. aku tengok mukanya melopong kata aku sewel ke hapa. wengggg@$&!&$09q3r&@#!% Dia menganggap aku ni sewel sebab sewa tempat mahal gila untuk bisnes aku yg keciks ni. Huaa... sebenarnya aku x sewel.. aku dah abih banyak untuk renovation bila rakan yang nak kongsi ofis ni dgn aku blah plak lepas tu. Takkan laa aku nak blah juga? yer tak..?? Tapi, kali ni, selepas tiga tahun.. rasanya aku dah bersedia untuk pergi dari ofis ni. Kali ni x ada sentimental dah. Aku akan pindah. Pindah ke tempat yang lebih dekat dengan rumahku dan lebih sesuai harganya dengan bisnes kecikku ini. Hai laa nasib.. Sedihnya kan?
Tapi.. keputusan penting ni. Kadang2 bila dipikirkan ada betul kata andrew tu. Sewel jugak laa.. ahahaha.. lagipun staff aku cumalah adik aku tu. Menjadikan ofis tu cuma aku dan adikku. Kemudian ada sorang member aku (freelancer) yang datang port kat ofis aku kadang2. Dan lepas tu, terchenta berhenti kejer lalu join kitorang.
Nantikan saja pengumuman port baru kami.. selamat tinggal Setapak. Aku akan sentiasa datang lagi.. untuk makan dan lepak ajalah selepas ni.
No comments:
Post a Comment