Sememangnya aku ni jenis kuat berangan dan banyak sangat idea. Sekali nak buat itu.. sekali nak buat ini. Kalau orang yang tak memahami dan kenal aku, mestinya aku ni disamakan dengan mat Jenin jer. Tapi.. aku sentiasa percaya dengan setiap angan2 aku.
Bukanlah nak berlagak, tapi kan.. hampir semua impian aku masa kecik telah aku capai kini. Alhamdulillah.. cumanya, kekadang aku ni selalu lupa pada yang Maha Esa.. bila susah2 baru laa nak ingat.. Kejam betul jadi manusia bila dipikir-pikir. Ya Allah.. ampunkan dosa2 silam dan bukakan Nur-Mu padaku. Amin.
So far, cita2 aku tercapai. Teringat kata2 mak aku.. "Rita, ada orang diuji dengan jalan yg penuh liku, ada juga diuji dengan jalan yg highway jer.." aku lantas terpkir, mungkinkah aku dalam golongan yang diuji dengan jalan highway itu? huhuu...
Aku bukanlah lahir dalam keluarga yang kaya raya. Namun, hidup aku sangatlah hebat masa kecik dulu. Apa sahaja permintaan, semua tertunai. Abah aku memang seorang manusia yang paling best dalam dunia. Paling memahami, hinggakan kawan2 sekolah aku dulu sempat bagitaw aku, betapa bestnya kalau ayah diorang mcm ayah aku. Tapi, masa tu.. aku jer yang rasa ayah aku x best. Aku akui, tak dikongkong.. tapi semua yg best tentang dia masa tu aku x perasan sgt. Yang aku nampak cumalah satu sikap buruk dia - iaitu, Tidur. Jadi.. itu saja yang aku nampak padahal, itu sahajalah satu satunya sikap dia yg mmg xleh nak diubahnya. Tidur membawa kepada Malas.
Oleh kerana itu.. aku jadi anti dengan orang yang kuat Tidur. Walaubagaimanapun, ayah aku ni jenis yang bernasib baik sepanjang hidupnya. Jadi, xpernah pulak dia hidup susah walau bermalas-malas. How lucky.!
Terkenang pulak aku suatu masa dulu. Aku sesungguhnya sangat2 confident dengan diri aku. Masa tu.. aku terasa aku ni sangat laa pandai, sporty, cool, boyish, banyak geng.. dan paling penting, aku banyak duit dulu2. Itulah dia kuasa imaginasi dan mimpi rasanya. Setiap masa aku cuba create hidup aku spt kisah2 best dalam filem2 atau buku yg aku baca.
Wahh.. tetiba aku sedar, betapa pentingnya untuk semua kanak2 membaca dan membaca apa2 sahaja. Benar2 membuka minda dan memberikan rasa confident yang sukar nak kugambarkan. :)) Setiap masa satu masa dulu, aku akan membaca. Itu lah hobi yg paling best dalam dunia ni.
Cerita pasal banyak duit.. memang masa sekolah dulu aku byk duit. Masa tu, aku sibuk berkawan dengan geng2 tokan dan dalam masa sekejap jer aku belajar selok belok bisnes khayalan tu. Oh.. apa lah life masa tu.. happening dan pening..! Tapi, aku masa tu faham satu perkara ttg diri aku.. aku memang seorang opportunist (tapi aku x jahat taw..).
Sejak dari sekolah aku dah berbisnes. Sekolah rendah dulu2 aku sangat suka makan biskut bantal.. bila bawak ke sekolah, abih dimakan kengkawan.. Daripada aku bagi free, aku bagitaw mak, aku nak jual biskut tu di sekolah. Mula laa malam2 mak aku masukkan biskut dalam plastik dan sealed dengan api lilin.. seronok betul. Aku sukakan duit. Agaknya, sebab itulah sehingga kini, aku x boleh nak kejer ngan orang. Sejak graduate dari ITM, merasa kejer dgn orang ada laa dalam 5 tahun. Cukup untuk dapatkan pengalaman dan cara. Lepas tu.. aku layan buat bisnes sendiri. Sedar tak sedar dah dekat 5 tahun dah jugak aku layan kejer sendiri. Alhamdulillah, so far aku x pernah susah lagi.
Jadi.. sepanjang life aku, aku ni jarang susah. Bila terasa nak susah jer.. Menggelabah. Ini jer satu hal yg aku tak reti dah nak repair camana. Aku cepat panik. Aku takut susah. Susah jugak camni eh.. (sambil buat muka blur dan picit pipi..)
Adoi.. ini satu penyakit sebenarnya. Penyakit takut susah. Tapi.. bukanlah berpanjangan penyakit camni datang. Selalunya aku akan cuba ubatkan rasa ini dengan beristigfarr dan percaya bahawa Allah swt takkan pernah melupakan orang yang x melupakannya. (bagus juga laa penyakit ni, kalau selalu datang.. selalu laa aku insafi diri..)
---oopss.. lapar tetiba. Aku berhenti disini.
Titik titik