Thursday, June 10, 2010

Burst out. Cam biasa..

Hari ni.. aku burst jugak. Menangis jugak aku rupanya (alaa takderlah mengejutkan pun.. sebenarnya aku ni memang suka menangis). Akhirnya.. pertama kali aku cuba kontrol sungguh2 perasaan kiciwa sebab tak dapat apa yang aku mimpi mimpi tu. Just so you know, aku ni type yang "I want it and I want it now". Malangnya, aku bukanlah Donald Trump atau Kimora Lee yang bleh sebut jer maka sampailah apa yang dihajatnya. Tapi, sebagai orang Islam (walau tak berapa taat sangat), aku masih sedar dan waras lah.. Waras bahawasanya, Allah SWT menguji umatnya yang soleh dan apatah lagi yang tak solehah macam aku ni.

Ya.. Aku memang akan menangis utk apa sahaja.. tengok orang menangis olok2 dalam TV, aku pun nangis jugak. Tengok kucing kena pijak kereta, aku nangis. Gaduh dgn kawan, aku jugak yang nangis, kalau gaduh dgn insan terchenta, terlebih la lagi aku nangis. Teringat aku, beberapa tahun lalu, masa nak beli Satria Neo yang aku naik skg. Kemain lagi aku nangis kat tangga DMS (ofis lama aku dulu) sebab Ambank call kata loan tak lulus pasal aku tak nak jual kereta kancil kuning tu.. Sedihnya Tuhan saja yang tahu. Aku dah berangan bawa balik Satria Neo ke Kota Bharu raya tahun tu.. Yang kelakarnya pulak, tengah aku dok layan air mata aku, tiba2 dapat call dari Bank Islam cakap loan aku lepas. Serta merta aku sengih kerang, kesat airmata, masuk opis sambung buat kejer. Ya.. Itulah aku. Che Azrita nama aku. Aku memang kuat nangis. Sampaikan, airmata aku ni dah tak ada harga dah kat insan terchenta bila tengok aku nangis. Semacam dah immune dah dengan airmata aku, maka bila gaduh aku coba2 laa berlagak macho tanak nangis laa depan dia skg.. hua hua hua.. Agak macho la juga, gaduh cara dewasa laa. Maklum dah umur 30 tahun dah.

Hai laa nasib.. sebenarnya minggu ni minggu sedih. Pertamanya, aku tak dapat nak tolong parent aku beli Mazda 2 yang diorang nak tu.. Sorry Abah & Mak, tak dapat che Ritz nak guarantor sebab banyak sangat la pulak harta sendiri yang nak kena bayar. Bank ckp "Azrita, awak tak layak." sekian. camtu jer. Kesian kan..? Parent aku ni, di usia lanjut ni baru ada duit dan income tetap. Income lagi banyak dari gaji aku bulan2 pulak tu. Malangnya, umur byk, tak dapat laa beli kereta tanpa guarantor melainkan beli cash ajer lahh.. Hai laa nasib. Nak minta tolong sedara mara, jangan harap sangat lahh.. Nanti tak pasal2 pula renggang hubungan silaturrahim. Dua pihak pula serba salah jadinya. Tapi, aku agak nasib mak aku ni agak baik juga, tadi Abah call ckp insyaAllah dapat juga diorang kereta impian diorang tu. Tak payah guarantor. Bangunan kedai diorang yg tolong gerenti utk diorang. Bagus kan.. Alhamdulillah.

Berbalik pada aku pulak. Hurrmm.. aku plan nak beli rumah baru2 ni. Maklum laa tiba2 ada duit lebih. Tapi.. hurmmm.. Tak ada rezeki lagi kot. Sedihnya.. masa terchenta bagitaw kita mungkin tak dapat rumah tu sebab ada masalah internal. Aku dengan comelnya, senyum dan buat2 matured, tahan airmata dan makan chachos - like it's no biggy at all lah.. Kontrol2. Walau terlepas juga la setitik dua airmata aku lepas terchenta peluk aku dan cakap dia sedih juga sebab tak dapat nak menjadikan mimpi aku tu satu realiti, aku tetap cool.

Tapi.. sampai takat mana laa aku nak tahan kan.. aku ni, berbelas tahun yang lalu digelak kawan2 sekolah sebagai "Rita si Tomboy manja". Jadi hari ni.. aku kumpul semua impian yang tak tertunai, aku bengang sendirian dan nangis. Bengang aku bermula bila aku balik rumah dan tak dapat nak buka pintu rumah smoothly, while aku dengar insan2 dalam rumah dok main game, aku di luar pintu terkocoh seorang diri nak buka pintu. Bengang nyer alahai... tak ada sorang pun yang nak tolong buka pintu. Inilah dia kata orang putih "Spark Plug" utk segala kebengangan dan kekeciwaan aku sehari dua ni.

Okay laa.. that's all dulu kot. Aku dah tak kesorangan lagi. Dah sampai dah insan2 terchenta di rumah ni.

1 comment:

YAMANIBRAHIM said...

TomBoi manja ho ho ho.....
ada rezeki dapat yang lebih bagus... jangan bimbang.... tgk abah ngan mak tu pun akan dapat juga apa yang diidamkan.... kan awak da tolong 'sebahagiannya' juga........