Tuesday, July 28, 2009

LATARBELAKANG DALAM FOTOGRAFI

Latarbelakang dalam sesebuah gambar memainkan peranan yang sama penting dengan subjek. Ada latarbelakang yang menjadikan subjek menarik dan menonjol dan terdapat juga latarbelFont sizeakang yang menelan dan mengalih perhatian  subjek kepadanya.

Beberapa masalah yang dihadapi oleh Fotografer dengan latarbelakang biasanya:

  • Sudut fokus yang terganggu - ini biasa berlaku, contohnya apabila kita cuba mengambil gambar rakan-rakan secara berkumpulan dan tiba-tiba seorang daripada mereka mengangkat muka sambil membuat perkara luar biasa.Hasilnya, fokus pada gambar tersebut tadi akan menjurus kepada muka itu. Ini adalah contoh fokus yang terganggu yang biasa berlaku.
  • Elemen yang lebih menonjol daripada kepala subjek - apabila mengambil gambar potret, salah satu daripada kesilapan yang selalu dilakukan fotografer adalah apabila tidak peka terhadap sesetengah elemen pada latarbelakang menonjol seperti tanduk rusa atau pedang yang tertusuk pada kepala subjek. Kadangkala, gambar seperti ini boleh menjadi agak melucukan tetapi dari segi komposisi ianya agak gagal.
  • Garis berlawanan - biasanya akan menjadikan gambar yang diambil agak sesak dan serabut, contohnya apabila subjek dan latarbelakang mempunyai garisan-garisan yang saling berlawanan. 

8 Langkah Mendapatkan Latarbelakang 
yang Baik:

1. Pastikan Latarbelakang Sebelum Mengambil Gambar.
Secara jujurnya, ini merupakan langkah yang diketahui oleh 100% fotografer yang ada di dunia. Tetapi adakalanya bila kita perhatikan, banyak juga gambar yang tidak mengambil berat dengan latarbelakangnya. Ramai juga fotografer yang mengelak dari menyemak dan memastikan dahulu latarbelakang yang sepatutnya, sebaliknya terus meletakkan subjek pada tempat yang dianggap menarik.

Oleh itu, sentiasalah mengamati dahulu latarbelakang sebelum mengambil gambar. Telitilah pada warna-warna yang tidak sepadan dengan keseluruhan imej, cebisan cahaya terang yang akan menggangu perhatian mata, garisan-garisan yang berlawanan, orang-orang yang lalu-lalang dan banyak lagi.

2. Alihkan Subjek 
Sekali lagi, ini adalah langkah mudah yang harus di ambil perhatian. Sentiasalah meletakkan subjek pada tempat yang sepatutnya supaya benda-benda yang tidak perlu dapat disorokkan atau terkeluar daripada gambar. 

3. Ubah Kedudukan Sudut Mengambil Gambar
Jika terdapat elemen yang mengganggu pada latarbelakang dan tidak boleh dialihkan, langkah yang patut anda fikirkan ialah dengan mengalihkan diri anda dan mula mencari sudut yang lain. Ini termasuklah dengan menjatuhkan sudut pandang ke bawah untuk menjadikan langit sebagai latar atau memanjat tangga untuk menjadikan lantai sebagai latar pada gambar.

4. Menggunakan Aperture (Bukaan) untuk Mengaburkan Latarbelakang
Satu teknik berguna yang harus diketahui oleh semua fotografer ialah dengan membiarkan lensa menghilangkan elemen-elemen tidak penting pada latarbelakang dengan menggunakan DOF (Depth of Field). Dengan teknik ini, latarbelakang akan kabur dan menonjolkan subjek tanpa gangguan lain.

Cara termudah untuk mendapatkan DOF ialah dengan menggunakan bukaan besar (lebih kecil nombor, lebih besar aperture (bukaan). Lebih besar aperture, lebih kekaburan latarbelakang pada gambar.

Untuk melihat hasil dengan cepat, anda bolehlah membuat sedikit ekperimen dengan mengambil beberapa gambar menggunakan aperture yang berbeza. Mulakan dengan aperture f/20 dan terus turun ke nombor kecil satu per satu. Apabila anda sampai ke f/4, latarbelakang pada gambar akan mula kelihatan mengabur. 

5. Menjarakkan Subjek Dihadapan Ruang Terbuka
Menjarakkan subjek dihadapan subjek-subjek lain juga membantu mengaburkan objek yang mengganggu. Sebagai contoh, jika anda harus memilih antara mengambil gambar subjek berdiri dihadapan dinding bata atau berdiri dihadapan padang luas, imej latar pada padang luas itu akan menjadi lebih kabur kerana jarak dinding bata dengan subjek cuma beberapa sentimeter sahaja daripada subjek, sementera jarak padang luas dimana subjek berdiri biasanya lebih jauh dan terbuka.

6. Penuhkan Bingkai Anda dengan Subjek
Satu lagi cara yang paling berkesan untuk mengelakkan gangguan latarbelakang ialah dengan mengambil gambar subjek secara dekat (close-up) atau menggunakan lensa zoom untuk merapatkan subjek dengan bingkai. Langkah ini bukan sahaja dapat membuang elemen yang mengganggu, malah kadangkala dapat memberikan kesan yang mengkagumkan pada gambar.

7. Hasilkan Latarbelakang Sendiri
Kadangkala, terdapat juga latarbelakang yang tidak sesuai dan anda mungkin terpaksa membuat latarbelakang sendiri. Anda boleh membeli latarbelakang yang biasanya digunakan didalam studio, seperti kanvas ataupun kertas. Selimut atau cadar kosong juga boleh digantung dan menjadikan latarbelakang yang menarik.

8. Membuat Post-Processing
Dalam era Digital sekarang, Post-Processing pada gambar juga penting untuk menjadikan gambar yang diambil lebih menarik. Ada banyak software sesuai untuk mengedit gambar contohnya Adobe Photoshop. Software ini mempunyai "tool" yang membolehkan anda mengaburkn, menajamkan, menaikkan warna dan membuang elemen mengganggu dengan mudah.

3 comments:

Unknown said...

Wow!Menariknya....berapa agaknya investment nak beli satu good camera for starting?

yamanz said...

rajinnya menulis.. teruskan usaha anda.. erm.!!

Putat - Tengok pada berapa budget u.. untuk dapatkan DSLR yang baik, ada rm3 - 4k pun dah sangat bagus.. :))

che ritz said...

Saya sedang cuba membuat satu perkara bermanfaat ni che Yam.. ehehhheehe

Putat - brtul ckp che Yamanz, kalau ada 3-4k tu, dah boleh dapat DSLR yang best.