Sejak kewujudan era kamera digital, ramai antara kita berjaya merakam detik-detik penting dalam hidup dengan hanya satu klik sahaja.

Kamera Analog - menggunakan film
Fotografi Digital dan Konvensional mempunyai beberapa persamaan dari segi teknik dan kawalan cahaya. Keduanya masih menggunakan pengatup dan lensa untuk memfokus dan menangkap cahaya.

Kamera Digital - menggunakan kad memori
Imej yang dirakam oleh Digital perlu di proses melalui perisian komputer manakala rakaman yang menggunakan Analog memerlukan filem, negatif dan proses kimia. Dalam fotografi konvensional, imejnya terhasil dari berbillion dot halus atau “Silver Hylide Cristal”. Manakala imej dari Digital pula dihasilkan melalui berbillion microscopical yang sensitif cahaya yang dikenali sebagai CCD (Charge Couple Device). Setiap sensor menangkap cahaya dan menukarkannya menjadi gelombang elektrik yang dibaca sebagai data digital. Data digital inilah yang menghasilkan PIXEL yang membentuk imej.
Fotografi Digital menjadikan proses merakam gambar lebih mudah dan berkesan. Setiap rakaman yang dirakam menggunakan Digital boleh terus ditatap sebaik sahaja dikelik! Walaupun begitu, ia tidak menjanjikan sesuatu imej yang tidak baik menjadi lebih bagus atau sebaliknya. Banyak aspek yang perlu diambil berat oleh seseorang fotografer untuk menghasilkan satu imej yang baik.
Fotografi Digital hanya menggunakan kad memori. Jumlah imej yang disimpan di dalam kad memori boleh diubahsuai mengikut format yang digunakan contohnya format JPEG, RAW dan TIFF. Kebaikan menggunakan kad memori adalah ianya boleh terus digunakan semula selepas imej terdahulu telah disimpan dan kemudian dipadam dari kad tersebut.

No comments:
Post a Comment